GMI: Tolak Jumpa Polis Hari Ini

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya tidak akan menghadiri perjumpaan dengan pihak polis petang ini berhubung arahan supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA anjurannya, Sabtu ini.

Beliau berkata, tidak bermakna bagi GMI menghadiri perjumpaan tersebut, “kerana pihak polis pun sudah memberi amaran”.

Lagi pula, kata beliau, pihaknya sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata Syed Ibrahim, GMI akan menghantar surat rasmi untuk memaklumkan matlamat dan tujuan perhimpunan itu diadakan Sabtu ini.

Beliau mengesahkan pihaknya dihubungi oleh pihak polis supaya hadir di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan GMI dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan ISA Sabtu ini.

Muhammad Sabtu berkata, polis telah memaklumkan perkara itu kepada Pewaris kelmarin dan akan menemui GMI hari ini.

Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s